Wa Al-Asr

Bacaan Quran Oleh Kanak-Kanak Iran


Monday, August 3, 2009

Himpunan "1 Hitam Perak", Lebih 2500 Orang Berkumpul Di Bagan Serai

BAGAN SERAI, 2 Ogos :-Himpunan 1 Hitam perak yang dianjurkan oleh Dewan pemuda PAS Perak berjaya mengumpul lebih 2500 orang(ana rasa lebih dari 4000 orang) peserta dikalangan pemuda dan penyokong Pakatan Rakyat. Program tersebut diadakan di Markaz PAS Bagan Serai Mesjid Tinggi disini.

Program yang mendapat sedikit gangguan dari pasukan keselamatan itu berakhir dengan lancar dan aman .Matlamat program tersebut ialah suatu persediaan kearah penyusunan jentera pilihan raya pemuda adalah untuk memantapkan organisasi pemuda seluruh negeri. Tema himpunan adalah baju hitam oleh semua hadirin yang hadir. Sasaran utama peserta adalah pemuda PAS seluruh negeri yang cintakan demokrasi dan yang ingin menegakkan keadilan untuk rakyat seluruhnya.

Pimpinan yang hadir dikalangan PAS, PKR dan DAP iaitu Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Haji Abu Bakar Hussein,YAB Menteri Besar Rakyat Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Isteri , Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Haji Idris Ahmad, Ketua Pemuda PAS Pusat, Ust. nasharuddin Tantawi, Ketua Angkatan Muda Keadilan, Sdr. Samsul Iskandar, ADUN Pakatan Rakyat, Drs. Khalil idham Lim (Titi Serong),Hj.Ramli Tusin(Gunung Semanggol), Hj. Hussin Din (Selingsing), Ab. Yunus Jamahri (Kuala Kurau), Sum Chiok Ling (Bercam), Ahli Parlimen Bagan Serai, Hj. Mohsin Fadli, dan pimpinan Pakatan Rakyat yang lain.

Program yang berakhir pada tepat waktu zohor itu menampilkan pemidato seperti berikut :1. Ketua pemuda PAS Perak
2. Pengarah Jentera Piliharaya PAS Perak, Hj. Asmuni Awi
3. Pesuruhjaya PAS Perak, Ust.Abu Bakar Hussain
4. Pengerusi pakatan Rakyat Perak,DS. Mohammad Nizar jamaluddin
5. Ketua AMNK, Shamsul Iskandar
6. Ketua penerangan PAS Pusat, Ust. Idris Hj.Ahmad
7. Ketua Pemuda PAS Pusat, Ust. Nasharuddin Tantawi

Pada sebelah malamnya akan diadakan ceramah di empat zon yang telah ditetapkan iaitu Larut, Sungai Siput (U), Lumut dan Tanjung Malim. Penceramah-penceramahnya terdiri daripada pimpinan Dewan Pemuda PAS Pusat dan juga negeri.-Blog Cina Islam

Sunday, August 2, 2009

Demo ooo Demo...Isa ooo ISA....Umno oooo Umno....

Alhamdulillah,
bangun pagi ni, rasa2 macam resdung dah makin kurang dek semburan air dan gas asap FRU semalam...rupa2nya ada manfaat jugak water canon dan gas pemedih mata...patut le orang2 kita semua seronok berdemo...sebab tu rasa gian je nak gi demo...

Pesanan kepada pimpinan:- ahli2 semua gian nak berdemo..sila adakan demo 2 bulan sekali...kami dah gian laaa....lepas ni kita demo lak untuk MANSUHKAN UMNO lagi best rasanya....


Pesanan kepada Polis:- Banyakkan Gas dan Water canon.....semua rakyat nak ubatkan resdung..haha

wsalam

20,000 sertai demo anti-ISA-berita malaysiakini

Kira-kira 20,000 orang (atau lebih)membanjiri ibu negara hari ini untuk menyertai perhimpunan anti-ISA anjuran Gerakan Mansuhkan ISA (GMI).Mereka berdepan dengan anggota polis yang melepaskan tembakan gas pemedih mata serta tembakan meriam air di lokasi perhimpunan di kompleks membeli-belah SOGO, sekitar Masjid Jamek, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Raja Laut, Dataran Merdeka, di Masjid Negara serta di ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut.

Mereka mula berkumpul jam 2 petang(seawal 10 pagi) di tempat-tempat berkenaan dan anggota polis, termasuk Unit Simpanan Persekutuan (FRU), yang bertindak meleraikan orang ramai, termasuk menangkap.Polis bertindak menutup semua jalan menuju ke pusat bandar dan ke Istana Negara sejak awal pagi ini.Akibat kawalan keselamatan ketat, GMI gagal menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong. Bagaimanapun, wakil kumpulan pro-ISA, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz, dapat menyerahkan memorandum mereka kepada pengawal Istana Negara.

Perhimpunan itu berakhir pada jam 3.45 petang selepas pemimpin Pakatan Rakyat meminta mereka bersurai selepas berucap di ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut.(sebenarnya hampir jam 6 baru peserta bersurai)
Dipercayai hampir 200 orang ditahan.(478 ditahan mengikut sumber rakan2)
Dalam sidang petang tadi, pengerusi GMI Syed Ibrahim Syed Noh mendakwa 100,000 orang menghadiri perhimpunan hari di beberapa tempat di tengah-tengah ibu kota.
Manaka Ketua Dewan Pemuda PAS Nasrudin Hassan pula menganggarkan kira-kira 80,000 menyertai perhimpunan hari ini.
Para saksi pula menganggarkan lebih kurang 20,000 menyertainya.
Sehingga lewat petang ini, pihak polis masih lagi berada di sekitar SOGO dan melepaskan tembakan meriam air apabila ternampak kumpulan penyokong anti-ISA.