Wa Al-Asr

Bacaan Quran Oleh Kanak-Kanak Iran


Wednesday, May 6, 2009

Solat Hajat Untuk Kesejahteraan Semua

Jangan lupa untuk kita sama-sama bermunajat kepada ALLAH SWT pada malam ini..Kita mohon kepada Allah kesejahteraan untuk semua khususnya kepada rakyat Negeri Perak dan umumnya rakyat Malaysia..Jgn lupa juga doa untuk Naib Presiden kita Mohd Sabu...

Terkini Tentang Mohd Sabu

Pukul 9 mlm tadi, ana telah menelepon seorang kawan yang rapat dengan md Sabu, maklumat yg ana dapat..Md Sabu telah dibawa ke Bukit Aman..Kemungkinan akan didakwa ditempat yang lain..semuanya akan ana letakkan dlm blog ana ni..wsalam

DUN Perak: Mat Sabu ditahan disyaki cetus kekecohan


Polis menahan Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu di ibu negara kerana dipercayai menggerakkan usaha mengadakan perhimpunan tidak sah sempena perasmian sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak esok.
Mohamad ditahan di Jalan Pahang, Kuala Lumpur kira-kira 3.35 petang tadi.
Ketika mendedahkan perkara itu di sini petang ini, Ketua Polis Perak Datuk Zulkifli Abdullah berkata, pemimpin PAS itu dipercayai mencuba meminta orang ramai menyertai perhimpunan memprotes sempena sidang DUN yang bermula semula esok.
Beliau menyatakan demikian pada sidang media petang ini.
Dalam pada itu beliau berkata, polis telah memperoleh perintah mahkamah melarang parti-parti politik dan orang ramai daripada berhimpun di kawasan 500 meter dari Bangunan Perak Darul Ridzwan, tempat terletaknya Dewan Undangan Negeri.
"Notis larangan akan ditampal petang ini, larangan berkuat kuasa serta-merta dan orang ramai diminta supaya jangan berhimpun di kawasan bangunan SUK," katanya.
Mesyuarat kedua penggal ke-12 akan dirasmikan oleh Raja Muda Raja Nazrin Sultan Azlan pagi esok.
Sehubungan itu, notis telah dikeluarkan kepada staf bangunan SUK supaya meninggalkan premis itu bermula 5.30 petang tadi.
Selain itu notis tersebut menasihatkan kakitangan di bangunan berkenaan datang awal esok memandangkan jalan-jalan ke arah premis SUK akan ditutup mulai 5.30 pagi.

Solat hajat Dun Perak dan solidariti bebaskan Mohammad Sabu malam ini

Meskipun hari ini beberapa pimpinan dan aktivis Pakatan Rakyat ditahan berikutan penganjuran himpunan dan solat hajat sempena Sidang Dun Perak, namun beberapa solat hajat terus akan diadakan.

Di Dataran Merdeka, satu solat hajat diadakan bagi memberikan solidariti ke atas penahanan Naib Presiden PAS, Mohammad Sabu.
Solat hajat ini dianjurkan oleh Solidariti Menyokong Pakatan Rakyat Perak dan Bantahan Penahanan Mohammad Sabu.
Sementara, Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkifly Mohammad Omar pula menyatakan dalam sms ringkasnya satu majlis solat hajat dianjurkan Badan Perhubungan PAS Negeri Sembilan malam ini.
"Mohon semua ahli PAS Negeri Sembilan juga ahli serta penyokong Pakatan Rakyat yang beragama Islam di Negeri Sembilan ini hadir Majlis Solat Hajat sempena Sidang DUN Perak pada malam ini Rabu 6 Mei 2009 jam 7:15 malam di Surau Hitam, Ampangan , Seremban" kata sms Zulkifly kepada Harakahdaily.Sumber Harakahdaily

Mohd Sabu ditangkap

Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu ditangkap polis jam 3.10 petang tadi di hadapan Restoran Haslam, Jalan Pahang Barat dekat sini.

Sekumpulan anggota polis di percayai Special Branch, dengan tiga buah kenderaan, menyerbu beliau, sebaik sahaja Naib Presiden PAS itu keluar dari restoran berkenaan.
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub yang berada di tempat kejadian, menyelar tindakan polis yang dianggap beliau tidak bertamadun itu.
"Tangkapan dibuat secara kasar dan tidak bertamadun, mereka (polis) menyerbu dengan menangkap beliau tanpa mengemukakan waran.
"Saya dan beberapa rakan lain cuba membantu abang Mat (Mohamad Sabu) tetapi dihalang anggota yang ramai," ujarnya kesal.
Dipercayai penangkapan terhadap Naib Presiden PAS ini dibuat ada kaitan dengan perhimpunan munajat yang akan dianjurkan subuh esok (7 Mei), bersempena persidangan Dewan Undangan Negeri Perak.
Ianya berkemungkinan susulan daripada penahanan aktivis Bersih, Wong Chin Huat dirumahnya semalam.
"Ke mana Mohamad Sabu dibawa, apa tujuan mereka tidak diberitahu," kata Salahuddin.
Berita lanjut menyusul._

Gani Patail Niat Jahat Terhadap Perbicaraan Nizar-Zambry

Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Terengganu menyangkal kenyataan yang dikeluarkan oleh Peguam Negara , Tan Sri Abd. Gani Patail yang menyatakan bahawa Datuk Seri Nizar Jamaludin dilucutkan daripada jawatan Menteri Besar Negeri Perak kerana tidak mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri Perak .Ketua AMK Terengganu, Fariz Musa berkata, Tan Sri Gani harus sedar kedudukan ADUN Barisan Nasional berjumlah 28, seimbang dengan ADUN Pakatan Rakyat.Katanya tiga orang ADUN yang ‘melompat’ mengisytiharkan diri mereka ‘bebas’ dan tidak mewakili mana-mana parti.Beliau mempersoalkan, sekiranya Datuk Seri Nizar boleh dilucutkan jawatan kerana tidak mendapat kepercayaan ADUN, bagaimana pula kedudukan Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said?“Menteri Besar Negeri Terengganu, Datuk Ahmad Said, secara jelas tidak mendapat kepercayaan daripada 18 ADUN BN, sehingga menimbulkan ketegangan dan konflik politik di Negeri Terengganu yang memalukan dan melucukan,” katanyaFariz berkata, ekoran persengketaan politik dalaman, perpecahan UMNO-BN Negeri Terengganu begitu parah sehingga Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak terpaksa menurunkan pangkat Datuk Ahmad.“Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Hussein dilantik menjadi Pengerusi UMNO Negeri Terengganu menggantikan Datuk Ahmad, bermakna beliau gagal memimpin dan menyelesaikan polemik yang yang berlarutan dan tiada kesudahan,” ujarnya ketika dihubungi Buletinonline.Oleh itu, katanya Najib sepatutnya melucutkan jawatan Datuk Ahmad kerana ADUN-ADUN UMNO sudah hilang kepercayaan kepada beliau.Katanya Najib sepatutnya mengambilkan tindakan yang sama seperti mana tindakan yang beliau lakukan terhadap kerajaan negeri Perak.Tambah Fariz lagi tindakan ADUN-ADUN UMNO menolak, menentang dan hilang kepercayaan terhadap Datuk Ahmad begitu jelas, terbuka dan tanpa segan silu menolak kepimpinan dan peribadi Datuk Ahmad.Beliau yang juga Timbalan AMK Pusat, membantah dan kesal dengan campur tangan Peguam Negara yang seolah-olah berniat jahat (mala-fide), berusaha untuk mempengaruhi perbicaraan kes antara Menteri Besar Pakatan Rakyat dengan Menteri Besar Rampasan Kuasa Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.Kata Fariz, sekiranya hujah Tan Sri Gani diterima mahkamah dan ia menjadi 'precedent case' (kes ikutan), justeru Najib mesti melakukan tindakan yang sama mengikut kes tersebut dan memecat Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu.AMK Negeri Terengganu turut mencadangkan, adalah lebih baik Datuk Ahmad segera melepaskan jawatan Menteri Besar secara sukerala atau mengambil tindakan membubarkan Dewan Undangan Negeri Terengganu kerana beliau sudah tidak mendapat kepercayaan dan sokongan ADUN-ADUN UMNO. - buletinonline