Wa Al-Asr

Bacaan Quran Oleh Kanak-Kanak Iran


Sunday, May 10, 2009

13 tahanan ISA sudah bebas, Uthayakumar mahu terus "bersuara"

Uthayakumar sedang melambaikan tangan
kepada orang ramai


TAIPING: Tiga pemimpin kumpulan haram, Hindraf bersama 10 tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang lain dibebaskan dari Kem Tahanan Kamunting di sini semalam.
Tiga pemimpin Hindraf itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Kota Alam Shah, M. Manoharan, 48, K. Vasantha Kumar, 36, dan P. Uthayakumar, 47.
Manoharan dan Vasantha Kumar dibawa keluar kirakira 2.30 petang dalam dua buah kereta berasingan manakala Uthayakumar dibawa keluar pada 2.55 petang.
Sebelum itu pada 12.40 tengah hari, sekumpulan tahanan dibawa keluar dengan sebuah van Jabatan Imigresen manakala kumpulan kedua dibawa dengan sebuah van tanpa tanda yang diiringi beberapa buah kereta polis pada 1.20 tengah hari.
Semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengumumkan 13 tahanan ISA termasuk tiga pemimpin kumpulan haram Hindraf itu akan dibebaskan.
Tahanan yang lain terdiri daripada Zulkepli Marzuki, Jeknal Adil, Admi Pindatun selain dua tahanan warga negara Indonesia iaitu Zainun Rasyid dan Aboud Ghafar Shahril, serta lima tahanan warga negara Filipina terdiri daripada Sufian Salih, Hasim Talib, Abdul Jamal Azahari, Yusof Mohd Salam dan Husin Alih.
Tahanan lain itu dipercayai terbabit dalam gerakan militan Jemaah Islamiah dan Darul Islam.
Uthayakumar yang menaiki sebuah kereta yang dipandu anggota keluarganya kemudian mengadakan sidang akhbar di tepi jalan luar kem berkenaan.
Peguam yang juga penasihat undang-undang Hindraf itu berkata, beliau tidak akan mematuhi syarat-syarat pelepasan yang dikenakan ke atasnya.
Bagaimanapun, ketika ditanya pemberita mengenai syarat-syarat berkenaan, beliau enggan menyatakannya.
Antara yang berkumpul di luar kem sejak 8 pagi ialah ibu Vasantha Kumar, R. Manomani, 62, dan kakaknya K. Parameswari serta anggota keluarga tahanan Hindraf yang lain serta para petugas media....Sumber Mstar

No comments: