Tertarik dengan kenyataan Dewan Ulama' yang akan mengusulkan hanya ulama' saja yang layak memegang 2 tampuk teratas PAS...Alasan mereka ialah "jika profesional yang memimpin parti itu, mereka hanya mahu mengejar kedudukan semata-mata tanpa mementingkan parti yang berjuang mengikut teras Islam." Kalau ini sebab nya, ana tak berapa setuju. Malahan banyak ahli2 Pas juga takkan bersetuju dengannya. Tak kira Ulama' atau siapapun..takkan lari dari melakukan kesalahan. Ulama pun ada yang mengejar kedudukan..Dalam sejarah Islam, berapa ramai ulama' yang menjadi ular dalam semak(ulama' su') Adakah Hamid Othman tu dari golongan Profesional....Jamil Khair....Yusuf Nor....dan byk lagi...Semua mereka adalah keluaran Ijazah pengajian Islam (BA, MA atau PHD)yang melayakkan mereka bergelar ulama'..adakah mereka ini layak jadi pimpinan Pas??? Malahan di dalam Pas sendiri ada ulama' yang mengejar kedudukan(sapa makan cili dia akan rasa cabai)
Jadi, Ulama' bukan satu jala atau tiket untuk jadi pimpinan...tiket yang betul2 kena ada untuk jadi pemimpin dalam Pas ialah mempunyai akhlak yang baik..pandangan yang jauh...peribadi yang mulia...tak kira ulama' atau tidak...Republik Islam Iran sebagai contoh, Zaman Khatami jadi Presiden dan Mahmud Ahmedinajad jadi Presiden...siapa yang lebih Islam...Ana rasa Ahmaadinejad bukan seorang Ulama' di Iran(walaupun ilmunya lebih tinggi dari Ustaz2 di Malaysia) tapi dia lebih Islam dari Khatami walaupun beliau sorang ulama'.....
Fikir fikir kan lah....jangan sebab kita ulama' kita jadi jumud....
p.s Yang paling layak memimpin ialah seorang yang betul2 mengikut Nabi..dan perlu di ingat...Ulama ada pewaris Nabi...kalau Ulama' yang baik akhlaknya...tinggi ilmunya...maka inilah yang layak untuk diangkat menjadi Pemimpin. -Pemimpin teratas di Iran adalah seorang ulama'....
Wa Al-Asr

Bacaan Quran Oleh Kanak-Kanak Iran

Wednesday, May 13, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment