Wa Al-Asr

Bacaan Quran Oleh Kanak-Kanak Iran


Sunday, May 10, 2009

Pemilihan Pucuk Pimpinan Pas; Pas Kena IKut Style Republik Islam Iran.

Sejak 1982 bermulalah konsep kepimpinan ulamak di dalam PAS yang ada tempias dari Revolusi Islam Iran (sejarah yang tidak dapat dinafikan). Sebelum itu PAS di pandu oleh ulamak melalui Dewan Ulamaknya jika ada perkara berbangkit yang tidak dapat diselesaikan oleh Jawatankuasa PAS Pusat terutama dalam soal syariat Islam.Untuk memantapkan konsep kepimpinan ulamak maka Perlembagaan PAS telah dipinda melalui muktamar khas dan selepas itu diterima oleh Pendaftaran Pertubuhan Malaysia dengan memasukkan Fasal 7 - Hukum, Kekuasaan dan 'MAJLIS SYURA ULAMAK' yang telah memperincikan syarat-syarat kelayakan minima untuk menjawat jawatan sebagai Ahli Majlis Syuraa Ulamak.Secara ringkas dapat difahami bahawa Majlis Syura Ulamak adalah badan tertinggi yang akan mengawal hala tuju PAS agar tidak terpesong dari landasan Islam yang diperjuangkan. Konsep ini telah diterima dengan baik oleh seluruh ahli PAS dan inilah perbezaan dan kelebihan PAS dari semua parti politik dan NGO Islam yang ada di Malaysia ini...petikan dari blog sahabat perjuangan.
Apa salahnya, kalau kita kembali sekali lagi ke Repuplik Islam Iran untuk melihat bagaimana mereka mengangkat pemimpin mereka dan mempertahankan sistem itu selama hampir 3 abad. ISrael, Amerika dan sekutu mereka amat takut dengan Iran. Dulu dengan tempias revolusi di Iran, kita gubal perlembagaan..sekarang ni..kita kena kembali untuk tempias ke Iran, untuk melihat dan mengambil pengajaran dari Iran agar MUKTAMAR PAS kali ini berjalan lancar..tidak ada istilah Ulama' dan Profesionalisme yang menghantui para perwakilan..
Selamat Bermuktamar

No comments: